Di TBNSA kami menawarkan pelbagai pilihan tapak perkhemahan. Di sini merupakan salah satu pilihan yang ideal untuk seisi keluarga beriadah. Anda juga boleh melakukan aktiviti dan bersantai juga bersama rakan-rakan anda di sini. Tapak-tapak perkhemahan ini mengelilingi sebuah tasik yang besar dan sesuai untuk tujuan berkhelah. Kemudahan lain seperti tempat barbeku, amphitheater, bilik solat dan laluan merentas hutan turut disediakan. |