Rumah Kedah Rumah Kedah

 

Rumah Peladang Kedah

RUMAH KEDAH

 

Rumah Kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurus mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf 'V' terbalik.

Rumah Kedah terbahagi kepada beberapa ruang lepar dan ruang rumah tangga yang terletak di bahagian hadapan. Manakala ruang tengah, serambi sama naik, bilik dan ruang dapur terletak di bahagian belakang.

Rumah ini diperbuat daripada cengal, meranti, damar laut dan buluh manakala atapnya diperbuat dari rumbia, nipah dan genting singgora.