Empangan Air Kuning Empangan Air Kuning

Empangan Sg. Air Kuning merupakan antara salah sebuah empangan buatan yang terdapat di dalam persekitaran Taman Botani Negara Shah Alam. Empangan ini  berkeluasan 4.5 hektar dan dikelilingi oleh persekitaran semulajadi yang kaya dengan sumber flora dan fauna hutan tropika. Di empangan ini terdapat Pusat Pancing Layang Dan Mengilat Umpan Tiruan yang dioperasikan oleh Infra Connect Sdn Bhd semenjak         12 April 2008. Aktiviti memancing ini menggunakan kaedah pancing layang (fly fishing) tangkap dan lepas (catch and release) dan mengilat umpan tiruan.

Beberapa kemudahan seperti pondok, surau, jeti dan tandas disediakan untuk kemudahan pemancing. Waktu Operasi Pusat Pancing Layang Dan Mengilat Umpan Tiruan adalah seperti di bawah.

Waktu Operasi Pusat Pancing Layang & Mengilat Umpan Tiruan

Selasa – Ahad (Isnin Ditutup kecuali Cuti Sekolah atau Cuti Umum)

Waktu Memancing - 7.30pagi - 6.00 Petang

Sila hubungi Pusat Pancing Layang Dan Mengilat Umpan Tiruan di talian012-3246959 (Encik Nik) atau 019-6322876 (Encik Ahmad Bahtiar) untuk sebarang pertanyaan.